PENGENALAN


Pengenalan


   Jabatan Tenaga Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1912 dan merupakan salah sebuah daripada 12 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Sebelum tahun 1960an, objektif Jabatan ialah ’menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan lombong’. Pada tahun 1970, Jabatan Buruh digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Gabungan ini memfokuskan kepada penyelesaian pertikaian yang melibatkan pekerja dan kesatuan.

   Penstruturan institusi perburuhan terus dibuat bagi merealisasikan fungsi dan tanggungjawab dengan lebih efektif. Antara perubahan yang dibuat ialah dengan memisahkan Jabatan Buruh dari Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsi. Jabatan Buruh dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.

   Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat telah digabungkan dengan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) berkuatkuasa pada Februari 2003. Aktiviti penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM melibatkan pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta. Penggabungan yang dijalankan membawa pertukaran nama Jabatan Buruh kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

    Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor (JTKNS) pula telah beroperasi seawal 18 September 1951. Sehingga ke saat pengenalan ini di tulis, JTKNS telah mempunyai 5 pejabat cawangan yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan 2 JobsMalaysia Centre (JMC) yang menumpukan pada aktiviti penempatan pekerjaan.
  • Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Daerah & JobsMalaysia Point (JMP) Subang Jaya
  • Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Daerah & JobsMalaysia Point (JMP) Klang
  • Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Daerah & JobsMalaysia Point (JMP) Rawang
  • Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Daerah & JobsMalaysia Point (JMP) Bangi
  • Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Daerah & JobsMalaysia Point (JMP) Kuala Selangor
  • JobsMalaysia Centre (JMC) Kelana Jaya
  • JobsMalaysia Centre (JMC) Shah Alam

   Berikut pula adalah sejarah pengarah-pengarah yang pernah bertugas di Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor:

Tempoh KhidmatNama
18.09.1951 ~ 13.01.1960 Richard Clary Wilkinson
07.03.1960 ~ 17.10.1960 Tan Teik Peng
17.10.1960 ~ 15.05.1969 Chung Shin Chee
15.05.1969 ~ 26.05.1970 Wong Siew Wai
26.05.1970 ~ 31.01.1975 Yeong Kok Kee
01.02.1975 ~ 31.05.1976 C. Thanapalasingam
01.06.1976 ~ 07.06.1979 Wong Chin Wee
01.09.1979 ~ 10.10.1982 Diong Chin San
01.03.1983 ~ 31.10.1984 L. Govindarajulu Naidu
01.11.1984 ~ 18.11.1985 Hasan Basri Bin Fakir Mohamad
19.11.1985 ~ 31.12.1989 Mohamed Bin Abdul Kadir
16.04.1990 ~ Hj. Ahmad Bin Abdul Kadir
01.10.1995 ~ 01.05.1996 Muhamad Sauffee Bin Ab. Muain
01.05.1996 ~ 31.07.1998 Izhar Bin Haji Harun
01.09.1998 ~ 15.11.2004 Kausar Binti Haji Ahmad Fuad
16.01.2005 ~ 27.11.2006 Hj. Arip Bin Mohd
05.02.2007 ~ 28.02.2007 En. August Anak Bumia
01.03.2007 ~ 15.09.2007 En. Abd Rahman Bin Yusof
01.11.2007 ~ 31.01.2009 Hoe Lean Fatt
01.02.2009 ~ Fong Khei Por
 Paeza Binti Rosdi
 Kamal Bin Pardi